SINOPSIS
Dia Segalanya.....
Dia Segalanya.....
Bagi Faizul, mereka membesar bersama di
dalam sebuah keluarga yang cukup bahagia. Tetapi kenapa langsung tidak pernah
wujud kemesraan di antara mereka? Dia tidak boleh melayan Suraya, adik
bongsunya sebaik Faizal, abang kembarnya. Perasaan kasih seorang abang kepada
adiknya langsung tidak pernah wujud. Namun jauh di sudut hati dia bukan tidak
pernah menyayangi dan bukan dia tidak pernah merindu. Hanya Tuhan sahaja yang
tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya.
Dia Segalanya....
Bagi Suraya, dia tidak faham apa yang
bermain di fikiran abangnya yang tengah. Sejak kecil Faizul begitu dingin
dengannya. Lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan 'adik' seperti
ahli keluarganya yang lain. Sehinggalah satu rahsia terbongkar dan waktu itu
barulah dia mengerti, kenapa dia disisihkan oleh lelaki itu. Tetapi kenapa
hanya Faizul yang cukup membencinya?
DIA segalanya....kisah yang cinta yang penuh dengan
dugaan. Kisah kasih sayang yang tidak pernah padam.
No comments:
Post a Comment