Pengunjung setia Popular, i love novel dan semua kedai buku yang menjual novel. Mula mengumpul novel sejak 10 tahun yang lalu (tahun 2002, masa tu baru habis SPM). Koleksi novel sekarang hampir 140 buah novel keluaran Alaf 21, Fajar Pakeer, KarnaDya, Jemari Seni, NB Kara, Kaki Novel, Buku Prima dan banyak lagi penerbit yang best. Novelis yang diminati ialah Anis Ayuni, Norhayati Berahim, Sharifah Abu Salem, Hlovate, Areila Sahimi dan Aina Emir..

NOVEL WAJIB BELI

Tak sabarnya nak tunggu elaun masuk... nanti boleh shopping novel banyak-banyak.. Cuti semester pun dah tak lama dah.. 2 bulan lebih tu.. Dari buang masa, baik baca novel BARU.. Novel lama dah habis khatam dah..


Ini antara novel wajib beli...
My 1st Favorite Novelis

Suka jugak dengan karya Areila Sahimi

Sinopsis dia best.. Harap-harap best la jalan citernya.. Wajib beli ni..

Pun rasa macam best.. Beli jugak...

Macam best jer.. Beli...

Ni pun nak beli jugak...

SEADANYA KAMU


Sinopsis
Segunung debu pun, andai jatuh di kelopakmu, tetap dapat kucium harummu.
Julia, si gadis manis yang sentiasa mencuri perhatian Wafiy. Namun Julia tidak mahu rasa cinta mengaburinya. Lalu, huluran cinta Wafiy dibiar sepi. Baginya, biarlah dia mencapai cita-citanya dahulu.

Dek kerana dendam seorang teman, hidup Julia tercalit sejarah hitam. Dia hilang arah. Lalu, Julia meninggalkan segala-galanya termasuk Wafiy tanpa sebarang kata. Dia ingin melupakan semua itu.

Bab Awal
Di tempat baharu ini, Julia mengenali hati seorang Firas. Tapi, hatinya cukup takut untuk diharap dan mengharap. Malah, mawar putih pemberian Wafiy itu seolah-olah mengikat hatinya daripada menerima cinta yang lain.

Pilihan diberikan kepadanya oleh Firas, sama ada kurung biru itu dipakai atau dikembalikan ke pangkuan keluarganya. Apa yang harus dipilih? Haruskah dia memberi harapan kepada Firas? Atau dia perlu terus meneguhkan hatinya untuk Wafiy? Dan, dapatkah mereka menerima memori hitamnya dahulu?

MR. RIGHT BUAT ANN


Sinopsis
“Aku janji Ann, insya-Allah umur tiga puluh nanti kita berumah tangga. Okey.”
Usia Ann sudah mencecah 31 tahun, tapi masih bujang. Adiknya pun sudah punya dua orang anak. Orang keliling dah mula bising. Masalahnya, Ann masih belum jumpa Mr Rightnya, meskipun banyak calon yang menunggu borang permohonan mereka diluluskan.
Bab Awal
Calon-calonnya ialah:
Hanif – Cinta hati Ann sejak zaman belajar lagi, tapi asyik sibuk dengan kerjayanya di Dubai sana, sehingga Ann terkapai-kapai sendirian.
Khairil – Kenalan sepupunya yang berkarisma. Duda, tapi kacak dan bergaya.
Desmond – Senior sepejabat yang tak habis-habis membulinya.
Tuan Haji Kamil – Duda anak tiga yang sudah berusia.
Arman Faiz – Lelaki yang dikenali secara tak sengaja, sering terserempak di mana-mana.
Antara semua calon ini, yang manakah Mr Right buat Ann agaknya? Akan berakhirkah pencarian Ann, atau dia masih perlu mencari calon yang lain?
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.

NAH, UNTUK AWAK !


Sinopsis
Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biru
Kata Najiha, hidup ini mudah. Punya babah yang menyayanginya sepenuh hati. Kekasih hati yang sempurna di matanya. Kawan-kawan yang setia di sisi. Hidup Najiha sudah lengkap.
Namun, langit tak selalu cerah. Cinta hatinya beralih arah kepada orang yang dia percaya. Najiha terkedu seketika. Hidup ini bukan semudah yang dijangka. Lalu, dia mencari tenang di bumi Korea. Tenang yang dicari sentiasa saja diganggu oleh Si Janggut Sejemput.

Bab Awal
“Awak intip saya ke apa ni?”
“Nak intip awak buat apa? Tak ada maknanya.”
“Habis tu mana-mana saya pergi kenapa saya nampak awak saja?”
“Tempat ni bukan awak yang punya.”
Baru saja luka di hati ini ingin sembuh, Najiha diduga lagi dengan pemergian yang tersayang. Namun, Najiha pasti setiap yang berlaku, pasti ada hikmah-Nya. Jalan bahagia ada di depan matanya. Najiha hanya perlu memilih untuk ke kiri atau ke kanan.
Andai takdir jodohku bukan denganmu, aku percaya Dia telah memilih yang lebih baik untukmu.

SENYUM KE LANGIT


Sinopsis
Kebahagiaan akan datang kalau kita tidak menghalang diri kita daripada mengecap kebahagiaan.
Aufa mahukan anjakan paradigma – melalui perkahwinan! Tetapi dia tidak mempunyai calon suami. Mungkin memang betul wujud ‘hantu kahwin’ dalam dunia ni dan telah berjaya merasuk fikiran Aufa. Idea gila ini menemukan Aufa dengan ‘jejaka idaman Malaya’.
Bab Awal:
"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"
"Saya ada cakap ke yang saya nak kahwin dengan awak?"
"Habis tu, kenapa pulak awak ada dekat sini?"
"Mak saya suruh kenal-kenal dengan awak."
Jeda.
"Awak pulak?"
"Ibu saya cakap, saya kena berkenalan dengan awak."
Ya, jejaka tu langsung tak termasuk dalam senarai jejaka idaman Aufa. Aufa mahukan lelaki yang bermulut manis seperti Bruno Mars. Tapi yang dia dapat adalah lelaki dari Planet Mars yang kerek! Tapi yang kerek itulah yang berjaya buat dia gila bayang tahap melayang terbang sampai ke bulan.

KEA


Sinopsis
“Terima kasih sebab jaga abang dengan baik….”
“Terima kasih juga sebab abang izinkan Kea untuk jaga abang….”
“Terima kasih sebab jadi isteri yang terbaik untuk abang….”
“Terima kasih juga sebab jadi suami yang terbaik untuk Kea….”
“Terima kasih untuk malam tadi….”

Erk! Tiba-tiba Kea jadi tak tentu arah. Maluuu!
“I love you….” Sekali lagi kata-kata keramat itu keluar dari mulut Haikal.
Kea senyum sendiri. Dipandangnya wajah Haikal dan kemudian mereka sama-sama tertawa.

Benar kata orang, berdua biasanya lebih baik daripada seorang diri. Kea dan Haikal merupakan pelengkap di antara satu sama lain. Kea datang sebagai pelangi bagi menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sebagai ombak untuk menghilangkan pantai kesunyian Kea.

Namun, dugaan tiba untuk menguji keutuhan mahligai syurga yang sedang mereka bina. Dugaan yang tidak pernah mereka sangka!

“Haikal menghidap kanser otak.” – Doktor Yusoff.
“Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku!” – Zarif Zaquan.
Tetapi bagi Kea, dia bukan hidup untuk menyerah kepada takdir semata-mata.

“Jika I diberi peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Yang Maha Pencipta mengenai you, ianya adalah, ‘adakah you ditakdirkan untuk I?’. Jika Dia berkata ya, I akan mencintai you dengan sepenuh hati I. Tapi jika Dia berkata tidak, I akan terus mencintai you sehingga Dia setuju untuk menyatukan kita berdua.”- Kea Alyissa.

Adakah Yang Maha Pencipta akan menjawab ‘YA’ kepada soalan Kea? Mampukah Kea dan Haikal hidup bahagia hingga ke syurga?

“Kun… fayakun.” Semua boleh berlaku dengan izin-Nya.

KAU PEMILIK HATI


Biar berkali-kali hati ini diketuk, tak mungkin kumenyahut, kerana hanya kaulah pemiliknya yang azali....
Sinopsis
Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.
Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.
“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.
Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.
Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.
“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.
Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?


10 NOVEL TERHANGAT APRIL 2012 (POPULAR)


1. TAKDIR ITU MILIK AKU (SITI ROSMIZAH) - SR PUBLICATION


2. ISTERI SEPARUH MASA (SURI RYANA) - KAKI NOVEL

3. MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA (ACIK LANA) - KAKI NOVEL

4. BIDADARI SALJU (MIA KIFF) - SR PUBLICATION

5. LOVE YOU, MR. ARROGANT (ALIESHA KIRANA) - KARYASENI

6. SEBENARNYA, SAYA ISTERI DIA (ZURA ASYFAR) - KARYASENI

7. DIA SEGALANYA (SHA IBRAHIM) - KAKI NOVEL

8. INGIN BERKASIH LAGI (DAMYA HANNA) - ALAF 21

9. TERUS CINTAI AKU (ALEYA ANESSA) - ALAF 21

10. KASIH ANTARA KITA (ALEYA ANESSA) - ALAF 21

HATIMU MILIKKU


Sinopsis:
“Abang tahu, abang bersalah dengan Aisya. Tapi, tolonglah… kali ini abang benar-benar minta maaf dan abang nak rujuk semula dengan Aisya. Abang masih sayangkan Aisya.” – Tengku Azizul Iskandar Tengku Azman.

“Jika Tengku nak membenci saya… bencilah. Saya reda dan ikhlas menerimanya. Tapi, tolong jangan benci anak ini, dia tidak bersalah.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.

“Kau tu aje yang tak nak bagi peluang pada diri kau sendiri, Aisya. Cuba kau buka pintu hati kau tu untuk insan yang bernama lelaki. Aku yakin jika kau membukanya, kau pasti akan berjumpa dengan pemilik kunci hati kau yang sebenarnya.” – Nadia.
“Ya, memang I berdendam dengan you, Azizul. You dah jatuhkan maruah I. You batalkan perkahwinan kita semata-mata kerana Aisya Lyana Sofea. Beberapa bulan I menanggung malu dan hampir gila disebabkan you, Azizul. Dan hari ini I puas sebab I dapat membalas dendam terhadap you sekeluarga!” – Sharifah Aleeya Syed Mukriz.

“Esok aku nak kau ikut aku ke pejabat peguam. Aku akan bagi apa yang kau nak. Dan selepas itu, aku takkan ambil peduli pasal kau lagi, nak mampus ke nak hidup ke… itu kau punya pasal. Aku takkan masuk campur dalam urusan kau. Begitu juga dengan kau. Takkan masuk campur dalam urusan aku. Jangan sesekali kau menuntut cerai dari aku dan kau jangan nak bermimpi yang aku akan ceraikan kau. Aku nak hidup kau terseksa, Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin. Ini pembalasan setiap apa yang telah kau lakukan selama ini dan ini juga syarat yang aku kenakan pada kau pompuan!” – Tengku Hariz Iskandar Tengku Azman.

Kehadiran Tengku Hariz Iskandar dalam hidup Aisya Lyana Sofea memberi seribu pengertian buat dirinya. Pintu hati yang telah lama tertutup, perlahan-lahan dibuka buat lelaki itu. Begitu juga dengan Tengku Hariz Iskandar turut sama merasai dengan apa yang dirasai oleh Aisya Lyana Sofea.

Dalam situasi yang tidak diduga, mereka berdua diijabkabulkan sebagai suami isteri di atas kehendak dan kerelaan hati masing-masing. Langit tidak selalunya cerah, mendung tidak selalunya hujan. Kasih yang diharap rupa-rupanya racun yang berbisa. Tengku Hariz Iskandar punya tujuan tersendiri. Aisya Lyana Sofea hidup dalam kepura-puraan. Dendam dan benci melebarkan jurang di antara mereka berdua di samping syarat yang menjeruk hati. Rahsia yang selama ini disimpan kemas terbongkar juga.

Namun segala-galanya sudah terlambat buat Tengku Hariz Iskandar. Aisya Lyana Sofea menghilang membawa hatinya yang terluka. Membawa bersama derita yang tidak mudah untuk dilupakan seumur hidupnya.

Adakah Tengku Hariz Iskandar dapat menerima kenyataan bahawa dia akan kehilangan Aisya Lyana Sofea buat selama-lamanya? Adakah sinar kebahagiaan buat Aisya Lyana Sofea? Bagaimana pula dengan kehadiran Tengku Azizul Iskandar, Amirul, Iqbal dan Fahem Daniel? Adakah kehadiran mereka memberi cabaran buat Tengku Hariz Iskandar untuk menagih kasih semula daripada Aisya Lyana Sofea? Siapa pula Sharifah Aleeya, Fatin Nabilla dan Marlisa?

“Seratus kali kau benci padaku, seribu kali kusuka padamu. Seratus kali kau marah padaku, seribu kali kusabar dengan sikapmu. Seratus kali kau sayang padaku, seribu kali aku cinta kepadamu. Seratus kali kau setia padaku, seribu tahun akan kutunggu. Hatimu milikku dan hatiku milikmu.” – Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.

JANGAN GANGGU LENAKU



Sinopsis

JEMU dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan.

Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putusputus dibisikkan di telinganya. Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya. Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu? Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan? Tetapi, oleh siapa?

CUKUP SEKADAR DIRIMU


Sinopsis
ZAIZA hanya gadis kampung yang ingin memulakan hidup baru di kota metropolitan. Sudah puas bergelumang dengan penderitaan dan penghinaan saudara-mara serta orang kampung. Dia tidak akan membiarkan orang lain melukainya lagi.

Dahulu, dia dicintai rakan karib yang sering mengambil berat tentang dirinya. Namun, tragedi menimpa menyebabkan mereka berdua terpisah untuk tempoh yang panjang. Kehilangan Nasrul membuatkan hatinya meronta-ronta merindukan lelaki itu.

Setelah sekian lama, mereka dipertemukan kembali. Tetapi, Nasrul kini dimiliki orang lain. Zaiza pula membuka pintu hatinya untuk Zakwan yang cuba memikatnya dengan bersungguh-sungguh. Namun, mengapa hatinya merintih. Cukupkah hanya teguh pada yang sudah ada dalam genggaman, sedangkan hakikatnya yang lain bertakhta di hati?

3 KATA HATI


Sinopsis
Rindu – Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat.

Kasih – Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.

Cinta – Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya?

Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?

CALON JODOH UNTUK ADIK


Sinopsis
Calon Jodoh Untuk Adik membawa kisah keluarga Arissa yang penuh dengan drama, kalah Drama Minggu Ini! Azmer yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar sebagai ketua keluarga setelah kematian orang tua mereka inginkan yang terbaik buat adik bongsunya, Arissa. Sementelah nyawanya tidak panjang akibat penyakit yang dideritainya. Bagi Arina pula, dia mahukan adiknya, Arissa berkahwin dengan orang yang berpangkat supaya hidup terjamin di masa hadapan.

Kisah bermula apabila Khairil Izlan (Ee) terheret ke dalam rancangan Azmer. ‘Mengangkat’ Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Khairil Izlan dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia! Mengenangkan itu adalah wasiat terakhir Azmer merangkap rakan baiknya, Khairil Izlan terpaksa akur dalam tak relanya itu. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja ‘tembakan peluru torpedo’ yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee…. Bersabar itu separuh daripada iman.

Arissa pula… sumpah! Hidup dia jadi tak tentu arah apabila Abang Azmer menyahut panggilan Ilahi. Pulak tu wajib menerima Abang Ee sebagai abang angkat. Memang dia mengamuk tahap gaban ketika itu. Abang Ee nak gantikan tempat Abang Azmer? Huh! Kirim salamlah awal-awal! Jangan harap dia terima Abang Ee! Tetapi, lama-lama dia boleh terima kehadiran Abang Ee apabila lelaki itu sering menolongnya sama seperti arwah Abang Azmer yang sentiasa berada di sisi Arissa apabila dia memerlukan seseorang dalam kehidupannya. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik sebenarnya.

Arina pula mula tak sedap hati. Dia dah ada calon untuk digandingkan dengan Arissa. Fariz, berjawatan besar… sudah tentulah gajinya pun besar. Memang sesuai sangat untuk disatukan dengan Arissa. Cuma Arissa aje yang macam tak berkenan apabila kakaknya itu cuba kenenkan dirinya dengan Fariz. Tapi, dia cuba berkawan dengan Fariz dulu. Ambil hati Kak Ina yang bersusah payah carikan calon untuk dirinya. Terus terang, Arissa cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada ‘kakak’ yang lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah. Sakitnya hati bila Abang Ee berbaikbaik semula dengan Kak Maisarah kerana dia tahu, sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee. Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak ‘madukan’ mereka berdua? Abang Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!

KEJORA DI LANGIT CINTA

Novel ke-11 Anis Ayuni. Sudah berada di pasaran. Wajib beli novel ni.. Hehe...

Sinopsis
Nur Faradila bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa.

Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empat tahun yang lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang hanya bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya.

Namun, kemunculan Datuk Azlan mencurigakan. Baiknya berganda-ganda sehingga menimbulkan tanda tanya. Apakah lelaki itu ada hati terhadapnya? Tidak mungkin! Dia hanya menganggap lelaki itu sebagai bapa anak muridnya. Apatah lagi seluruh hatinya sudah ditawan oleh Khalish. Tetapi anak Datuk Azlan, Ibrahim Hakimi yang suatu ketika dahulu ‘liar’ berubah baik disebabkan dirinya. Barangkali Ibrahim Hakimi mendambakan kasih seorang ibu.

“Ya ALLAH... jadikanlah kejora di langit cintaku hanya untuk dia yang aku sayang.”

FENOMENA ADAPTASI NOVEL KE DRAMA DAN FILEM

GEMERSIK KALBU KARYA ANIS AYUNI
DRAMA - GEMERSIK KALBU

KASIH ANTARA KITA KARYA ALEYA ANEESA
DRAMA - CINTA BUAT EMELDA

KASIH YANG SUCI KARYA MEEN ZULAIKHA
DRAMA - NORA ELLENA

 SEINDAH SAKURA KARYA LIZA ZAHIRA
DRAMA - SEINDAH SAKURA


LAGENDA BUDAK SETAN KARYA AHADIAT AKASHAH
DRAMA & FILEM - LAGENDA BUDAK SETAN

OMBAK RINDU KARYA FAUZIAH ASHARI
FILEM - OMBAK RINDU

KOLEKSI ANIS AYUNI



Gila novel.. bukannya gila kentang.. hehe.. Sorang lagi novelis yang aku minat, Anis Ayuni. Boleh dikatakan semua novel dia best sangat-sangat... Nak buat ulasan pun banyak sangat. Gambar diatas adalah koleksi yang aku miliki. 10 novel karya Anis Ayuni aku beli dan jadikan simpanan di dalam rak buku.
            
Bukannya novel cinta yang meleret-leret. Itu yang best. Novel yang best bagi aku ialah novel yang tidak boring, ada unsur cinta, kekeluargaan, unsur sedih (wajib ada), dan mesti sarat dengan pengajaran. Novel Anis Ayuni menepati kriteria yang di atas. Sebab tu aku sanggup habiskan duit beli novel. Tumbs up to Anis Ayuni...

HLOVATE



Karya novelis Hlovate sangat best.. Kalau ada rate, aku bagi 9/10.. Bukan novel cinta yang kisah cinta meleret-leret. Novel ini karya novelis yang superb educated. Antara novel karya Hlovate yang sudah menjadi koleksi aku ialah Tunas, Aa+Bb, Versus, 5 Tahun 5 Bulan dan Contengan Jalanan.

Identiti Hlovate sama ada perempuan atau lelaki belum dapat diketahui kerana penulis ini menyembunyikan identitinya. Tapi aku memang salute dengan hasil karya dia. Novel yang di tulis sarat dengan pelbagai unsur. Ada unsur cinta, lawak dan yang menariknya ada unsur keislaman. Siap ada hadis lagi dalam novel yang di tulis seperti dalam novel Versus dan juga Contengan Jalanan. 

Novel yang aku minat ialah Tunas dan Aa+Bb. Tunas mengisahkan zaman remaja Addin, Kucai, Benz, Mag Seven and da geng di Kolej Tunas. Addin the Head Girl Kolej Tunas yang superb nakal dan bijak. Trademark Addin “backhand” dan “kening double-jerk”.. Dalam novel ni Addin dan Benz ibarat kucing dengan anjing. Pantang bertemu, akan bergaduh. Tetapi dalam diam rupa-rupanya mereka saling minat meminati. Tak lupa juga kisah Mag Seven, budak bertujuh yang otai nakal dan juga bijak sama aura dengan Addin.

Aa+Bb pula adalah sambungan kisah Addin dan Benz di alam dewasa. Addin si doktor dan juga Benz si engineer di jodohkan secara paksa oleh ibu bapa mereka dengan bantuan taktik yang dibuat oleh Kucai si kembar Addin. Novel ini serius menarik. Nak tau kisah seterusnya, carilah di kedai buku yang berdekatan... Hehe..

CIKGU NURUL