Sinopsis
Kebahagiaan akan datang kalau kita tidak menghalang
diri kita daripada mengecap kebahagiaan.
Aufa mahukan anjakan paradigma – melalui
perkahwinan! Tetapi dia tidak mempunyai calon suami. Mungkin memang betul wujud
‘hantu kahwin’ dalam dunia ni dan telah berjaya merasuk fikiran Aufa. Idea gila
ini menemukan Aufa dengan ‘jejaka idaman Malaya’.
Bab Awal:
"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"
"Saya ada cakap ke yang saya nak kahwin dengan
awak?"
"Habis tu, kenapa pulak awak ada dekat
sini?"
"Mak saya suruh kenal-kenal dengan awak."
Jeda.
"Awak pulak?"
"Ibu saya cakap, saya kena berkenalan dengan
awak."
Ya, jejaka tu langsung tak termasuk dalam senarai
jejaka idaman Aufa. Aufa mahukan lelaki yang bermulut manis seperti Bruno Mars.
Tapi yang dia dapat adalah lelaki dari Planet Mars yang kerek! Tapi yang kerek
itulah yang berjaya buat dia gila bayang tahap melayang terbang sampai ke
bulan.
No comments:
Post a Comment