Sinopsis
Calon
Jodoh Untuk Adik membawa kisah keluarga Arissa yang penuh dengan drama, kalah
Drama Minggu Ini! Azmer yang terpaksa menggalas tanggungjawab besar sebagai
ketua keluarga setelah kematian orang tua mereka inginkan yang terbaik buat
adik bongsunya, Arissa. Sementelah nyawanya tidak panjang akibat penyakit yang
dideritainya. Bagi Arina pula, dia mahukan adiknya, Arissa berkahwin dengan
orang yang berpangkat supaya hidup terjamin di masa hadapan.
Kisah
bermula apabila Khairil Izlan (Ee) terheret ke dalam rancangan Azmer.
‘Mengangkat’ Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah
sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Khairil Izlan dan Arissa pun bukan
boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang
dunia! Mengenangkan itu adalah wasiat terakhir Azmer merangkap rakan baiknya,
Khairil Izlan terpaksa akur dalam tak relanya itu. Menjadi abang kepada Arissa
bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja
‘tembakan peluru torpedo’ yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar
Ee…. Bersabar itu separuh daripada iman.
Arissa
pula… sumpah! Hidup dia jadi tak tentu arah apabila Abang Azmer menyahut
panggilan Ilahi. Pulak tu wajib menerima Abang Ee sebagai abang angkat. Memang
dia mengamuk tahap gaban ketika itu. Abang Ee nak gantikan tempat Abang Azmer?
Huh! Kirim salamlah awal-awal! Jangan harap dia terima Abang Ee! Tetapi,
lama-lama dia boleh terima kehadiran Abang Ee apabila lelaki itu sering
menolongnya sama seperti arwah Abang Azmer yang sentiasa berada di sisi Arissa
apabila dia memerlukan seseorang dalam kehidupannya. Abang Ee taklah seteruk
yang disangka. Abang Ee baik sebenarnya.
Arina
pula mula tak sedap hati. Dia dah ada calon untuk digandingkan dengan Arissa.
Fariz, berjawatan besar… sudah tentulah gajinya pun besar. Memang sesuai sangat
untuk disatukan dengan Arissa. Cuma Arissa aje yang macam tak berkenan apabila
kakaknya itu cuba kenenkan dirinya dengan Fariz. Tapi, dia cuba berkawan dengan
Fariz dulu. Ambil hati Kak Ina yang bersusah payah carikan calon untuk dirinya.
Terus terang, Arissa cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada ‘kakak’ yang
lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah. Sakitnya hati bila
Abang Ee berbaikbaik semula dengan Kak Maisarah kerana dia tahu, sekarang ini
hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee. Habis tu, Fariz macam mana? Takkan
akibat sering putus cinta, ada hati nak ‘madukan’ mereka berdua? Abang Ee dan
Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!
No comments:
Post a Comment