Sinopsis
Segunung debu
pun, andai jatuh di kelopakmu, tetap dapat kucium harummu.
Julia, si gadis manis yang sentiasa mencuri
perhatian Wafiy. Namun Julia tidak mahu rasa cinta mengaburinya. Lalu, huluran
cinta Wafiy dibiar sepi. Baginya, biarlah dia mencapai cita-citanya dahulu.
Dek kerana dendam seorang teman, hidup Julia
tercalit sejarah hitam. Dia hilang arah. Lalu, Julia meninggalkan segala-galanya
termasuk Wafiy tanpa sebarang kata. Dia ingin melupakan semua itu.
Bab Awal
Di tempat baharu ini, Julia mengenali hati seorang
Firas. Tapi, hatinya cukup takut untuk diharap dan mengharap. Malah, mawar
putih pemberian Wafiy itu seolah-olah mengikat hatinya daripada menerima cinta
yang lain.
Pilihan diberikan kepadanya oleh Firas, sama ada
kurung biru itu dipakai atau dikembalikan ke pangkuan keluarganya. Apa yang
harus dipilih? Haruskah dia memberi harapan kepada Firas? Atau dia perlu terus
meneguhkan hatinya untuk Wafiy? Dan, dapatkah mereka menerima memori hitamnya
dahulu?
No comments:
Post a Comment