First impression aku bila sampai
pertengahan jalan cerita novel ni ialah novel yang lain daripada yang lain..
Serius.. Aku tangkap cintan dengan watak Danny si hantu yang cool dan handsome
(bayangan penulis novel la kata mamat tu handsome..).
Novel ini mengisahkan tentang dua orang
pelajar kolej, Anis dan Maria yang mencari sebuah rumah sewa yang murah. Mereka
akhirnya berjaya mendapat sebuah rumah flat di tingkat 7. Namun, rumah yang di harapkan oleh mereka untuk
tinggal dengan aman rupa-rupanya pernah berlaku kejadian yang menyeramkan. Di
flat tersebut, mereka bertemu dengan Joe dan juga Danny.
Danny merupakan mangsa yang telah
dibunuh oleh Zack pada malam sepatutnya dia bernikah dengan Cik Pia. Mayatnya
di sembunyikan di dalam stor di atas bumbung flat tempat tinggal Anis dan Maria
selama 2 tahun tanpa di ketahui oleh orang lain. Sebab itu dia menjelma di
hadapan Anis untuk meminta tolong Anis merungkaikan misteri kehilangan dia.
Joe pula enggan memberitahu Anis dan
Maria tentang kisah seram yang sering berlaku di flat tersebut kerana tidak
mahu Anis berpindah ke tempat lain. Sebab muka Anis seiras dengan muka bekas
kekasihnya, Zana yang mati terjatuh dari flat tersebut.
Pelbagai peristiwa seram, ngeri dan juga
sedih terdapat di dalam novel yang menarik ini. Selain itu ada empat erti cinta
yang cuba di sampaikan oleh penulis iaitu kisah cinta antara Joe dan Zana,
kisah cinta antara Danny dan Cik Pia, kisah cinta Anis dan Danny serta kisah
cinta hantu apek tua yang merayau-rayau mencari isterinya, dengan trademark
“mana saya punya cinta?”.
No comments:
Post a Comment