Sinopsis
Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh.
Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu
detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila,
coklat atau strawberi... itu haknya.
Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta
berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif
jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda
berwajah ratu, berlesung pipit, tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir
memasak, tetapi rongak giginya? Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa
apa agaknya di akhir cerita?
Rancangan Mencari Menantu bonda rancangkan bersama
TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih
manja, ada yang garang menggoda dan ada yang bahaya untuk dimiliki! Ketar di
kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun
kalau sudah cinta... jodoh datang juga tanpa dipaksa.
No comments:
Post a Comment