Sinopsis
Melina adalah seorang gadis kota yang
baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan
sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa
gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya,
Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap
tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku
antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman
boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan
nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.
Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua
ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak
pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta
di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri.
Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah
bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah
rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu
dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi
segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah
terpatri?
No comments:
Post a Comment