Pengunjung setia Popular, i love novel dan semua kedai buku yang menjual novel. Mula mengumpul novel sejak 10 tahun yang lalu (tahun 2002, masa tu baru habis SPM). Koleksi novel sekarang hampir 140 buah novel keluaran Alaf 21, Fajar Pakeer, KarnaDya, Jemari Seni, NB Kara, Kaki Novel, Buku Prima dan banyak lagi penerbit yang best. Novelis yang diminati ialah Anis Ayuni, Norhayati Berahim, Sharifah Abu Salem, Hlovate, Areila Sahimi dan Aina Emir..

DIA SEGALANYA



SINOPSIS
Dia Segalanya.....
Bagi Faizul, mereka membesar bersama di dalam sebuah keluarga yang cukup bahagia. Tetapi kenapa langsung tidak pernah wujud kemesraan di antara mereka? Dia tidak boleh melayan Suraya, adik bongsunya sebaik Faizal, abang kembarnya. Perasaan kasih seorang abang kepada adiknya langsung tidak pernah wujud. Namun jauh di sudut hati dia bukan tidak pernah menyayangi dan bukan dia tidak pernah merindu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya.
Dia Segalanya....
Bagi Suraya, dia tidak faham apa yang bermain di fikiran abangnya yang tengah. Sejak kecil Faizul begitu dingin dengannya. Lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan 'adik' seperti ahli keluarganya yang lain. Sehinggalah satu rahsia terbongkar dan waktu itu barulah dia mengerti, kenapa dia disisihkan oleh lelaki itu. Tetapi kenapa hanya Faizul yang cukup membencinya?
DIA segalanya....kisah yang cinta yang penuh dengan dugaan. Kisah kasih sayang yang tidak pernah padam.

MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA



Sinopsis
Melina adalah seorang gadis kota yang baru meningkat dewasa. Kehidupannya dipenuhi dengan perkara yang mengasyikkan sehingga dia lupa akan dosa dan pahala. Sikapnya itu telah menimbulkan rasa gundah dalam hati kedua ibu bapanya. Dalam terpaksa dan rasa malu papanya, Datuk Zakri telah meminta jasa baik Luqman untuk membantunya mengawasi setiap tindak tanduk Melina. Setiap hari pasti ada sahaja pertengkaran yang berlaku antara mereka. Perbezaan cara hidup dan latar belakang antara Melina dan Luqman boleh diibaratkan bagai langit dengan bumi. Sebelum Datuk Zakri menghembuskan nafas yang terakhir, beliau telah menitipkan wasiat kepada bapa Luqman, Rashid.
Atas dasar wasiat dan janji oleh kedua ibu bapa Luqman dan Melina, mereka ditemukan dalam satu ikatan suci yang tidak pernah mereka setujui. Walaupun ikatan perkahwinan itu dibina tanpa rasa cinta di hati, namun Luqman tetap menerima Melina seadanya sebagai seorang isteri. Dari hari ke hari, rasa benci yang selama ini menguasai kedua hati kini sudah bertukar kepada rasa cinta dan sayang yang tidak boleh dipisahkan lagi. Setelah rasa bahagia dikecapi, tiba pula badai yang menguji kesabaran kedua hati. Satu persatu dugaan datang menguji kasih sayang kedua insan ini. Mampukah mereka mengharungi segala dugaan ini? Mampukah mereka mempertahankan ikatan kasih suci yang sudah terpatri?

CINTA PERISA DIA



Sinopsis
Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi... itu haknya.
Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit, tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak, tetapi rongak giginya? Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?
Rancangan Mencari Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda dan ada yang bahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau sudah cinta... jodoh datang juga tanpa dipaksa.



ERTI CINTA



First impression aku bila sampai pertengahan jalan cerita novel ni ialah novel yang lain daripada yang lain.. Serius.. Aku tangkap cintan dengan watak Danny si hantu yang cool dan handsome (bayangan penulis novel la kata mamat tu handsome..).
Novel ini mengisahkan tentang dua orang pelajar kolej, Anis dan Maria yang mencari sebuah rumah sewa yang murah. Mereka akhirnya berjaya mendapat sebuah rumah flat di tingkat 7. Namun,  rumah yang di harapkan oleh mereka untuk tinggal dengan aman rupa-rupanya pernah berlaku kejadian yang menyeramkan. Di flat tersebut, mereka bertemu dengan Joe dan juga Danny.
Danny merupakan mangsa yang telah dibunuh oleh Zack pada malam sepatutnya dia bernikah dengan Cik Pia. Mayatnya di sembunyikan di dalam stor di atas bumbung flat tempat tinggal Anis dan Maria selama 2 tahun tanpa di ketahui oleh orang lain. Sebab itu dia menjelma di hadapan Anis untuk meminta tolong Anis merungkaikan misteri kehilangan dia.
Joe pula enggan memberitahu Anis dan Maria tentang kisah seram yang sering berlaku di flat tersebut kerana tidak mahu Anis berpindah ke tempat lain. Sebab muka Anis seiras dengan muka bekas kekasihnya, Zana yang mati terjatuh dari flat tersebut.
Pelbagai peristiwa seram, ngeri dan juga sedih terdapat di dalam novel yang menarik ini. Selain itu ada empat erti cinta yang cuba di sampaikan oleh penulis iaitu kisah cinta antara Joe dan Zana, kisah cinta antara Danny dan Cik Pia, kisah cinta Anis dan Danny serta kisah cinta hantu apek tua yang merayau-rayau mencari isterinya, dengan trademark “mana saya punya cinta?”.

CIKGU NURUL