Pengunjung setia Popular, i love novel dan semua kedai buku yang menjual novel. Mula mengumpul novel sejak 10 tahun yang lalu (tahun 2002, masa tu baru habis SPM). Koleksi novel sekarang hampir 140 buah novel keluaran Alaf 21, Fajar Pakeer, KarnaDya, Jemari Seni, NB Kara, Kaki Novel, Buku Prima dan banyak lagi penerbit yang best. Novelis yang diminati ialah Anis Ayuni, Norhayati Berahim, Sharifah Abu Salem, Hlovate, Areila Sahimi dan Aina Emir..

NOVEL WAJIB BELI

Tak sabarnya nak tunggu elaun masuk... nanti boleh shopping novel banyak-banyak.. Cuti semester pun dah tak lama dah.. 2 bulan lebih tu.. Dari buang masa, baik baca novel BARU.. Novel lama dah habis khatam dah..


Ini antara novel wajib beli...
My 1st Favorite Novelis

Suka jugak dengan karya Areila Sahimi

Sinopsis dia best.. Harap-harap best la jalan citernya.. Wajib beli ni..

Pun rasa macam best.. Beli jugak...

Macam best jer.. Beli...

Ni pun nak beli jugak...

SEADANYA KAMU


Sinopsis
Segunung debu pun, andai jatuh di kelopakmu, tetap dapat kucium harummu.
Julia, si gadis manis yang sentiasa mencuri perhatian Wafiy. Namun Julia tidak mahu rasa cinta mengaburinya. Lalu, huluran cinta Wafiy dibiar sepi. Baginya, biarlah dia mencapai cita-citanya dahulu.

Dek kerana dendam seorang teman, hidup Julia tercalit sejarah hitam. Dia hilang arah. Lalu, Julia meninggalkan segala-galanya termasuk Wafiy tanpa sebarang kata. Dia ingin melupakan semua itu.

Bab Awal
Di tempat baharu ini, Julia mengenali hati seorang Firas. Tapi, hatinya cukup takut untuk diharap dan mengharap. Malah, mawar putih pemberian Wafiy itu seolah-olah mengikat hatinya daripada menerima cinta yang lain.

Pilihan diberikan kepadanya oleh Firas, sama ada kurung biru itu dipakai atau dikembalikan ke pangkuan keluarganya. Apa yang harus dipilih? Haruskah dia memberi harapan kepada Firas? Atau dia perlu terus meneguhkan hatinya untuk Wafiy? Dan, dapatkah mereka menerima memori hitamnya dahulu?

MR. RIGHT BUAT ANN


Sinopsis
“Aku janji Ann, insya-Allah umur tiga puluh nanti kita berumah tangga. Okey.”
Usia Ann sudah mencecah 31 tahun, tapi masih bujang. Adiknya pun sudah punya dua orang anak. Orang keliling dah mula bising. Masalahnya, Ann masih belum jumpa Mr Rightnya, meskipun banyak calon yang menunggu borang permohonan mereka diluluskan.
Bab Awal
Calon-calonnya ialah:
Hanif – Cinta hati Ann sejak zaman belajar lagi, tapi asyik sibuk dengan kerjayanya di Dubai sana, sehingga Ann terkapai-kapai sendirian.
Khairil – Kenalan sepupunya yang berkarisma. Duda, tapi kacak dan bergaya.
Desmond – Senior sepejabat yang tak habis-habis membulinya.
Tuan Haji Kamil – Duda anak tiga yang sudah berusia.
Arman Faiz – Lelaki yang dikenali secara tak sengaja, sering terserempak di mana-mana.
Antara semua calon ini, yang manakah Mr Right buat Ann agaknya? Akan berakhirkah pencarian Ann, atau dia masih perlu mencari calon yang lain?
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya.

NAH, UNTUK AWAK !


Sinopsis
Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biru
Kata Najiha, hidup ini mudah. Punya babah yang menyayanginya sepenuh hati. Kekasih hati yang sempurna di matanya. Kawan-kawan yang setia di sisi. Hidup Najiha sudah lengkap.
Namun, langit tak selalu cerah. Cinta hatinya beralih arah kepada orang yang dia percaya. Najiha terkedu seketika. Hidup ini bukan semudah yang dijangka. Lalu, dia mencari tenang di bumi Korea. Tenang yang dicari sentiasa saja diganggu oleh Si Janggut Sejemput.

Bab Awal
“Awak intip saya ke apa ni?”
“Nak intip awak buat apa? Tak ada maknanya.”
“Habis tu mana-mana saya pergi kenapa saya nampak awak saja?”
“Tempat ni bukan awak yang punya.”
Baru saja luka di hati ini ingin sembuh, Najiha diduga lagi dengan pemergian yang tersayang. Namun, Najiha pasti setiap yang berlaku, pasti ada hikmah-Nya. Jalan bahagia ada di depan matanya. Najiha hanya perlu memilih untuk ke kiri atau ke kanan.
Andai takdir jodohku bukan denganmu, aku percaya Dia telah memilih yang lebih baik untukmu.

SENYUM KE LANGIT


Sinopsis
Kebahagiaan akan datang kalau kita tidak menghalang diri kita daripada mengecap kebahagiaan.
Aufa mahukan anjakan paradigma – melalui perkahwinan! Tetapi dia tidak mempunyai calon suami. Mungkin memang betul wujud ‘hantu kahwin’ dalam dunia ni dan telah berjaya merasuk fikiran Aufa. Idea gila ini menemukan Aufa dengan ‘jejaka idaman Malaya’.
Bab Awal:
"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"
"Saya ada cakap ke yang saya nak kahwin dengan awak?"
"Habis tu, kenapa pulak awak ada dekat sini?"
"Mak saya suruh kenal-kenal dengan awak."
Jeda.
"Awak pulak?"
"Ibu saya cakap, saya kena berkenalan dengan awak."
Ya, jejaka tu langsung tak termasuk dalam senarai jejaka idaman Aufa. Aufa mahukan lelaki yang bermulut manis seperti Bruno Mars. Tapi yang dia dapat adalah lelaki dari Planet Mars yang kerek! Tapi yang kerek itulah yang berjaya buat dia gila bayang tahap melayang terbang sampai ke bulan.

KEA


Sinopsis
“Terima kasih sebab jaga abang dengan baik….”
“Terima kasih juga sebab abang izinkan Kea untuk jaga abang….”
“Terima kasih sebab jadi isteri yang terbaik untuk abang….”
“Terima kasih juga sebab jadi suami yang terbaik untuk Kea….”
“Terima kasih untuk malam tadi….”

Erk! Tiba-tiba Kea jadi tak tentu arah. Maluuu!
“I love you….” Sekali lagi kata-kata keramat itu keluar dari mulut Haikal.
Kea senyum sendiri. Dipandangnya wajah Haikal dan kemudian mereka sama-sama tertawa.

Benar kata orang, berdua biasanya lebih baik daripada seorang diri. Kea dan Haikal merupakan pelengkap di antara satu sama lain. Kea datang sebagai pelangi bagi menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sebagai ombak untuk menghilangkan pantai kesunyian Kea.

Namun, dugaan tiba untuk menguji keutuhan mahligai syurga yang sedang mereka bina. Dugaan yang tidak pernah mereka sangka!

“Haikal menghidap kanser otak.” – Doktor Yusoff.
“Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku!” – Zarif Zaquan.
Tetapi bagi Kea, dia bukan hidup untuk menyerah kepada takdir semata-mata.

“Jika I diberi peluang untuk bertanyakan sesuatu kepada Yang Maha Pencipta mengenai you, ianya adalah, ‘adakah you ditakdirkan untuk I?’. Jika Dia berkata ya, I akan mencintai you dengan sepenuh hati I. Tapi jika Dia berkata tidak, I akan terus mencintai you sehingga Dia setuju untuk menyatukan kita berdua.”- Kea Alyissa.

Adakah Yang Maha Pencipta akan menjawab ‘YA’ kepada soalan Kea? Mampukah Kea dan Haikal hidup bahagia hingga ke syurga?

“Kun… fayakun.” Semua boleh berlaku dengan izin-Nya.

KAU PEMILIK HATI


Biar berkali-kali hati ini diketuk, tak mungkin kumenyahut, kerana hanya kaulah pemiliknya yang azali....
Sinopsis
Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.
Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.
“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.
Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.
Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.
“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.
Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?



CIKGU NURUL