Novel ke-11 Anis Ayuni. Sudah berada di pasaran. Wajib beli novel ni.. Hehe...
Sinopsis
Nur Faradila bahagia bersama mama dan adik
perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan
dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru.
Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat
istimewa.
Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empat tahun
yang lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya
dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu.
Bimbang hanya bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan
fikirannya.
Namun, kemunculan Datuk Azlan mencurigakan. Baiknya
berganda-ganda sehingga menimbulkan tanda tanya. Apakah lelaki itu ada hati
terhadapnya? Tidak mungkin! Dia hanya menganggap lelaki itu sebagai bapa anak
muridnya. Apatah lagi seluruh hatinya sudah ditawan oleh Khalish. Tetapi anak
Datuk Azlan, Ibrahim Hakimi yang suatu ketika dahulu ‘liar’ berubah baik
disebabkan dirinya. Barangkali Ibrahim Hakimi mendambakan kasih seorang ibu.
“Ya ALLAH... jadikanlah kejora di langit cintaku
hanya untuk dia yang aku sayang.”
No comments:
Post a Comment