Biar berkali-kali hati ini diketuk, tak mungkin
kumenyahut, kerana hanya kaulah pemiliknya yang azali....
Sinopsis
Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin
lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu
nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal
terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa
dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan
baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan
keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita
yang lebih baik.
Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun
gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa
cinta mengatasi segala-galanya.
“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah,
saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan
kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing
awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik
mungkin….” – Zafrril.
Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu
menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya
semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril
diterima dengan hati yang separuh rela.
Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang
selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan
segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa
lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah
adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.
“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa
dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….”
– Qarissa.
Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya
kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?
No comments:
Post a Comment